Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, February 24, 2011

Shah Alam's Reception: About the Boutique Part II

Sebelum baca entry ni, sila khatam entry sebelum ni dulu yer. karang ada pulak yang tak paham jalan ceritanya. nak senang lagi, nah aku kasi link. klik SINI jer. pastu baru patah balik ke entry ni yer :D

Bila aku baca balik ending cerita aku semalam, baru perasan ceritanya macam tergantung sikit kan. ok lah di atas permintaan, aku sambung.. :D

Last episode:

"Sarah nanti baju and all the accessories Sarah bagi sekali dekat orang pelamin yer. akak nak hantar dry clean" (received: 5.45pm) - Insiden 8.

It means the message was sent to me masa aku duk syok berposing. masa tengah outdoor. ada ke patut secepat tu dia nak ambik balik all the items rent to me? arghhh tensi jer aku baca sms tu. aku biarkan jer sms tu, anggap macam aku tak baca, biarkan. dah banyak dia buat aku sakit hati, tiba time aku pulak. wahh balas dendam nampak. muahahaha.

Sambungan...

Sampai malam pown aku still tak balas sms dia. memang aku saje jer sebenarnya. then keesokan harinya dia sms lagi. lebih kurang camni:

"Sarah bila nak pulangkan baju n accessories? akak sms semalam Sarah tak reply. prosedur butik, kalau item yang disewa tak dihantar dalam masa 3 hari, kita akan caj RM10 per day"

Makk aihh nak caj lebih pulak? dah la barang bagi sume lambat, pastu mintak balik nak cepat. cap ayamas betoll. then aku pown dah malas nak bertekak, aku reply n cakap akan hantar all the items petang tu jugak.

Then dah sampai ke butik, she asked me la how the majlis, etc.. aku jawab ok jer sume (even jantung masa tu rasa macam nak pecah jer). n i did tell her about the eyelashes yang nak tercabut. then boleh dia cakap:

"Eh akak ada tinggal gam kecik sekali dengan kotak eyelashes dekat atas meja make up hari tu"

OMG!! apesal dia tak bagitau aku pada hari kejadian?? punya la aku hangin dengan keadaan bulu mata aku yang tunggu masa jer nak tercabut tu. pesal tak gitau aku awal2?? memang bikin aku panasssss jer.

Masa berlalu, tanpaku menyedari... (eceh terkeluar lirik lagu la pulak. ekekeke). lebih kurang sebulan lepas majlis dia sms aku lagi. 

"Sarah dah dapat ke gambar wedding? kalau boleh akak nak dapatkan copy cd coz akak nak buat collection butik, tq"

Korang agak2 aku reply ke tak??? muahahahahaha.

So Tata.

Wednesday, February 23, 2011

Shah Alam's Reception: About the Boutique

This is a very longgg entry

Yang sebenar2nya aku malas nak buat entry ni. sebab memang aku bengang tahap berganda la dengan butik yang aku hired dekat Shah Alam tu.

Actually masalah aku dengan butik tu bermula before majlis lagi. yes aku pernah blog pasal tu. eh mentang2 dia selalu bz dengan artis, orang biasa macam aku ni dia boleh sepak2 ke tepi ke?

Kronoligi kejadian:

Baju, Pakej etc
She promised me nak siapkan baju before i balik ke Terengganu. then tiba masanya baju tak siap. on that day aku pergi butik dia (after some arguments that i wrote here). bila aku sampai, i saw my dress tergantung without any beads, kosong - Insiden 1. but still i try to sabar sabar n sabar. ok fine! kalau aku marah pown baju tu takkan boleh siap sekelip mata. dia suruh fitting sebab nak tengok saiz ok ke tak. so ukur sana sini for alteration. she said that dress dia hantar dekat designer ok. bukan tailor biasa uollsss. wahhh meletopsss.

So after discussion and what so ever, she asked me bila nak ambik baju. so i set the date, 2 days before the reception. she said OK. then i asked her to do my hand-bouquet (fresh flowers). bincang what-so-ever about the design, colour etc.

"Saya nak white roses yer kak? pastu tengah2 dia ada some red roses kasi naik seri sikit lah"

She charged me RM50. i just accept that without any prejudice (ha kau!) sebab dah malas nak pk. pastu tetiba plak dia suh aku tambah lagi RM80 for transportation fee (pelamin). katanya dengan orang lain dia caj RM200 tau. aku dengan baik hati agreed sedangkan masa awal2 dulu she didnt mentioned about that langsung! baiknya hati aku masa tu kan.......

N nak tau tak sampai ke saat tu jugak aku belum tau lagi macam mana rupa pelamin aku? dia just bagitau gambaran macam tu macam ni. aku pown macam orang bodoh dengar jer apa dia bagitau tu. dia asyik cakap "Takpe jangan risau, semua akan ok" wahhhh "lega" sangat hati aku dengar kata2 dia weh. "LEGA!!"

2 Days before Reception
Before pergi butik aku mesej dia macam biasa n dia cakap "Ok nanti ambik dekat butik, pelamin hantar malam ni, tq". aku pown pergi la ke sana. sampai jer sana, her staff cakap "Kak baju ada sikit lagi manik nak kena jahit. akak datang esok boleh tak?" what??? - Insiden 2. boss kata dah boleh ambik, staff kata belum siap. what the hell la kan?

Dengan sopan santunnya aku cakap dekat dia "Banyak lagi ke tak siap?". then dia pown duk cakap la bla bla bla bla bla. "Malam ni boleh siap tak? saya nak ambik hari ni jugak. esok banyak lagi hal saya nak kena settle." Aku tak kira la macam mana korang nak buat pown, yang aku nak tau, baju aku siap on that day jugak. dah penat aku berlembut. tiba masa aku kena pertahankan hak aku sebagai customer. boss dia pown satu. kalo dah tau tak siap lagi, toksah la gatal2 nak janji itu ini.

Aku balik rumah hubby dulu, tengok dorang pasang pelamin and itu lah for the first time aku tengok rupa pelamin aku. kain balut panel warna hitam makes that pelamin looks gelap suram kelam. takde apa lagi yang boleh aku buat selain REDHA.

After isyak i went to that boutique again. hampir pukul 12 malam baru settle everything. nak tercirit aku tunggu. korang rasa kalo aku tak berkeras suruh dorang siapkan baju aku on that day jugak, tak mustahil perkara sama akan berulang on the next day kan?

Make-up
Hari yang ditunggu telah tiba. janji meet up at 10am. she lambat a bit coz sesat sampai aku kena pergi carik tau? haha. make-up dekat homestay yang family aku duduk. so aku dah tak pk apa2 just serah muka ditempek itu dan ini. the make-up was ok. pakai fake eye lashes both atas n bawah.


Kalau perasan dari awal lagi there's something wrong with my eyelashes (bawah)


First time i saw my face (after wearing the tudung). i was like "Apesal muka aku penyek ni?" - Insiden 3. tak suka cara dia pakaikan tudung tu. tak kena sangat dengan muka aku. my face look penyek n tembam! crown senget, veil panjang sebelah. what the??? nak bukak tudung memang dah tak sempat. so aku just bukak balik the crown n the veil dengan bantuan my pengapit. adjust sikit tudung sebab tak cover leher sepenuhnya. i hate wearing that kind of tudung sebab boleh nampak leher lah!


After siap semua aku perasan eyelashes aku dah terbukak sikit - Insiden 4. aku ni dah la tak pernah pakai bulu mata bagai ni. so redha lagi sekali n hopefully ia akan dapat bertahan sepanjang hari.

Handbouquet and Hubby's Attire
Selesai my part, beralih ke hubby plak. kakak ni tersangatlah rushing sebab dia ada lagi 1 kenduri nak kena handle. dengan kelam kabut dia pakaikan sampin dekat hubby.

After siap, she gave me the promised handbouquet (yang aku hampir lupa sebenarnya) and i was like.... why RED?? - Insiden 5. kenapa MERAH?? aku mintak putihhhhhhhhhhh kan!!! so dengan selambanya dia jawab:

"Bunga banyak habis. ni pown berebut2 sebab orang guna banyak bunga untuk buat pelamin"

Makkkkk...... rasa nak nangis jer :'(. baju aku dah sememangnya merah. abes bila bunga kaler sama jugak, apa yang nampak? :(. dah la bunga tu dah hampir layu, lebam2, kecik besar. i hate u lahh! :(

Focus on that handbouquet. worth it tak bayar RM50?


And tak lama lepas tu, sampin hubby terburai!! - Insiden 6. dan pada masa tu, that kakak dah takde kat situ lagi dah. tak ke kelam kabut kami dibuatnya?? and luckily ada mr OP. dia yang tolong pakaikan coz kat situ takde sorang pown yang ada pengalaman pakaikan sampin orang. thanks to u Syah!

*************************************************************************

Ha camne? best baca kisah orang tak puas hati ni? muahaha. eh2 belum habis lagi. jap2 sambung.

*************************************************************************

Majlis
As a bride n groom, nak tak nak all the time kena senyummmmm je kan?

Bunga tangan yang tenggelam langsung.. lawa lagi bunga atas meja makan beradab aku. huhu

We just enjoy our day. buang jauh la all the dramas tu kan. kalau duk ingat, buat spoil mood jer. yes we really enjoy the moment. even i keep complaining about my eyelashes yang nak tercabut dekat sume kawan2 and also the bloggers. haha. kan? :D. dalam pukul 4 lebih macam tu we go for outdoor photo shoot. seronok bergambar sampai la hampir maghrib.


Then sampai rumah, kami tengok pelamin dah TAK ADA! - Insiden 7. waaaaa cepatnya ko ambik woii. aku nak gambar2 lagi lahhh.. uhuk uhuk. ahh malas aku nak pikir. masuk bilik nak mandi, tengok dekat phone ada sms. lebih kurang macam ni la bunyi dia..

"Sarah nanti baju and all the accessories Sarah bagi sekali dekat orang pelamin yer. akak nak hantar dry clean" (received: 5.45pm) - Insiden 8.

It means the message was sent to me masa aku duk syok berposing. masa tengah outdoor. ada ke patut secepat tu dia nak ambik balik all the items rent to me? arghhh tensi jer aku baca sms tu. aku biarkan jer sms tu, anggap macam aku tak baca, biarkan. dah banyak dia buat aku sakit hati, tiba time aku pulak. wahh balas dendam nampak. muahahaha.

But overall:
  1. I love the make-up
  2. I love the dress

Yang lain, nan hado. muahahaha.

Apa pown, yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. aku cuma tak nak apa yang aku alami terjadi dekat orang lain. pandai2 la deal dengan vendor2 tu sume yer. tak semua cakap serupa bikin. orang yang alami jer tau macam mana sakit otak dibuatnya. muahaha. oh yer, aku tak nak reveal butik mana, biarlah. tapi kalau sesiapa insist jugak nak tau, just email me.

And last but not least, sesi lepas geram.


Lega dapat cabut bulu mata yang buat hal ni! :D

P/s: Semua gambar adalah RAW, without any editing.

So Tata.

Monday, February 14, 2011

Shah Alam's Reception: Bloggers!!!

Lambat sungguh ini pengantin basi kasi update photo kawen kan? basi tak basi, janji i share uollssss :P. kita kasi lompat2 cerita la yer? kasi thrill sket. muahahaha. this time aku kasi tempek gambar2 blogger yang datang majlis aku dekat Shah Alam. nak ke Terengganu tersangatlah "dekat" kan. hehehe. so korang datang yang dekat sini pown aku tersangatlah suka! thanks a bunch korang sume. lap u beghi2 much lahhhhh :D

Gambar bloggers memang banyak hokeh. tak caya tengok la kat bawah ni. OP aku bukan main suh dorang berposing sakan. dorang plak memang spoting tak hengat. so kena sangat la kan? haha. sampaikan gambar korang sume ni masuk album aku tau? (album dah dapat yer :P). ada la dalam 4, 5 keping kot. eh2 nak tengok album? jemput la ke rumah kami. agagaga.

Meh kita layan softcopy ni yer? INFO: sume gambar ni RAW ok. without any editing. nak review about my OP, klik SINI. he's good. trust me. ok2 panjang sangat la pulak mukaddimah. kita layan gambars pulaksss.

 Xora n hubby :)

 Ketibaan bloggers. meriah!!

 Dorang tengah makan pown aku paksa OP snap pica. muahaha.

Ha yang kat bawah ni tanpa pengetahuan aku ok. masa ni aku dekat luar, layan guests yang lain. tak sangka plak dorang duk berposing sakan dekat pelamin (dalam rumah). ahahaha.

 Wahhh sakan!!! :D

 Bila pengantin tiba, kita pakat posing sopan2 plaks.

 Sengal sikit2 biasalah kan. heheh. apa pown, comel kan? ;)

With pasangan masing2

  Suka!! :)))
 
 And its time to say bai bai :)


Thanks for coming once again dear sahabat2 sekalian. Xora, Iedayah, Yumie, Aty, Nora, Sk. i lap u :)

And yes ada sorang blogger ni datang jugak. NYOMEL n hubby :). sedih tau tak dapat jumpa u. dapat tau u datang pown bila baca guestbook. anyway thanks for coming. Lurve-You! hehehehehe.


P/s 1: Aku sengaja tak letak watermark dekat all the photos. senang korang nak copy :)

P/s 2: Akan ku review pasal majlis di Shah Alam ni. ikut hati malas sebab rasa nak maraaahhh jer tiap kali ingat. takpe2 nanti aku stori-mori.

So Tata.

Trouble Sleeping Part II

Ekoran kejadian tengah malam tadi, pagi ni aku bangun lewat weh!! seb baik mak mertua ketuk pintu tanya keje ke tak kahkahkah. 830 am baru terjaga, pukul 9 baru masuk opis dengan muka tak bersalahnya. so bila dah lambat, perkara yang biasa berlaku:
  1. Muka tak siap tanpa secalit bedak
  2. Mata sembab
  3. Dengan selamba pakai jeans ke opis. buleh?

Serius memang susah giler nak tido. almost 5 am jugak la baru boleh lena. see berapa jam la sangat kan boleh lena. ni rasa nak kuak lentang tido atas lantai opis wehhh. ngantukkk. rasa nak tutup jer mata ni ha. huhuhu.

Opismate aku sorang ni cuti la plak. mati kutu la aku sorang2 terkebil2. apa mau bikin ni? pc opis belum ok. lappy plak tak bawak. terpaksa guna pc opismate kejap (kebetulan plak dia cuti) sementara tengah tunggu hubby anta lappy. seb baik opis dekat n hubby keje petang. penat ko aku guna netbook aku yang kecik tinonet tu. dah la rabun, bertambah rabun la jadinya. belakang aku yang sakit bertambahlah sakitnya. sampai kena troubleshooting dibuatnya belakang aku ni ha. muahahaha.

Next entry: Photos on my wedding day (Shah Alam Reception) with bloggers!!! so Xora, Aty, Nora, Sk, Yumie, Iedayah, tunggu yer? ;)

So Tata.

Trouble Sleeping

Its 3.41 am oredi and im still awake! mata terkebil2 tanpa arah tujuan. apa mau bikin ni? main game sudah, layan tenet sudah, kaco hubby tido pown sudah hehehe. nak buat apa ni? pagi ni nak keje weh. ada pulak karang pagi2 buta inbox boss aku didatangi oleh sms yang berbunyi seperti ini "Morning KK. hari ni saya tak masuk ye? kepala ting tong sebab katil tak nak terima peniduran saya :D"

Nak google cara2 untuk cepatkan tido lah.

So Tata.

Wednesday, February 9, 2011

Seorang Isteri

Sshhhhhh... hubby tengah tido tu. baru lepas dodoikan dia. kahkahkah. tettttttttttt.

Lepas jadi wife ni, apa perubahan yang aku alami agaknya kan. jadi isteri mithali kah? isteri derhaka kah? tettt mintak simpang. astaghfirullahhh.. aku sentiasa doa untuk diri sendiri (n aku pasti hubby pown macam tu) supaya aku dijauhkan dan dihindarkan dari sifat2 yang macam tu. ingat bila rasa diri ada buat salah, tersalah, cepat2 la mintak maaf mintak ampun. syurga isteri di bawah telapak kaki suami. kalau bukan pada dia kita patuh, pada siapa lagi kan?

After 2 months and 6 days as a wife:

Mommy-to-be
Eh belum belum.. not yet not yet. kehkehkeh. tapi sangat2 teringin n berdoa sangat supaya Allah kurniakan kami rezeki secepat mungkin :). aku dah makin tak tahan tengok budak2 sekarang. rasa nak cubit picit2 macam teady bear jer. hahaha.

A book for a newbie
I bought this book


Sangat2 berguna. percayalah! sangat detail sampaikan nama2 barang pown ada. tak ke bagus tu untuk orang yang tak pernah masuk dapur kurang pengetahuan dalam bidang masakan. hehehe.

For a newbie dalam dunia memasak ni, buku ni tersangatlah bagus. eh sapa kata aku tak pandai masak? pandai la weh.... masak megi. hehehehe. aku ngaku aku ni memang tak terer bab masak2 ni. kalo setakat nak masak sambal, masak kicap tu i terer la u. tapi kalo dah sampai tahap masak benda2 bersantan ke, kuih muih ke, memang aku fail! ahahaha. hidup dah berpuluh tahun, tapi masak hampeh. kehkehkeh. i know la i tak pandai. toksah nak kutuk2 dalam hati ok! komen jer kat bawah tu nanti. i rela uollsssss. hahaha.


N ni salah dua masakan yang paling aku tak sabar nak cuba. siput sedut masak lemak n udang masak lemak cili api. perghhhh sedap siottt. tengok lah nanti once i dah duduk rumah sendiri, i tunjuk skill yang terpendam i ni uollssss. hahaha. sekarang tak boleh, rumah ni semua ada. malu. nanti tak sedap confirm kena kutuk. hahaha.

Ada 365 resepi semuanya. cukup setahun! :D. lupa nak mention, buku ni ada jual dekat kedai buku Popular sahaja yer. wahhhh promote nampak. Chef Hanieliza, mintak komisen pleaseeeee. hahaha.

Work: Dilema
Ada sesuatu yang besar bakal berlaku dalam syarikat tempat aku keje sekarang. cannot be mentioned now sebab belum pasti n blog ni umum. karang budak sama ofis aku baca, lain pulak jadinya. it supposed to be a secret (for the time being). so aku masih dalam dilema either nak stay dekat tempat keje sekarang or bertukar angin. ada pros n cons for both decision. will be decided later.

Pernah cakap dekat hubby, "Kalo kita berhenti keje duduk rumah boleh tak?" housewife-to-be la konon. hahaha. tapi cannot cannot. banyak nak pakai duit ooo. kalo hubby sorang jer yang keje, tak boleh la aku nak berjoli dengan duit gaji sendiri lagi dah kan. semua kena jimat. sanggup ke? haha. so guna la degree yang ada tu. keje yer puan sarah. tolong suami :P

Ok mood malas dah datang. malas nak tulis dah :D

Di waktu entry ni dipublish, hubby dah takde atas katil. shift malam uollls. tido sorang lagi ler. nite nite :P

So Tata.

Monday, February 7, 2011

Rindu Wehhh Rinduuuuu

Ehem ehem. rindu aku tak? saje jer tak update blog. kasi korang sume rindu banyak2 kat aku. haha.

Dah lebih sebulan aku berdiam diri, membisu. eceh. maafkan saya ye? tak berniat nak berdiam diri selama ni. tapi bila dah lama tak menulis, susah nak dapatkan balik momentum tu.

Kesihatan kurang mengizinkan. lepas kenduri di Shah Alam sampai la ke saat ni, badan memang tak sihat sepenuhnya. dah penat turun naik hospital. sume pakar aku dah pergi, result semua ok. tapi badan tak ok. sekarang nak cuba berubat cara kampung pulak. Allah menduga kita dengan bermacam cara :)

Ok apa yang jadi sepanjang aku menyepi ni. baaaaanyak kot. hehehe. biasa la, life goes on. kena teruskan apa yang patut diteruskan. being a wife tak susah sangat kot. haha. buat masa sekarang masih lagi stay dekat rumah PIL. everything is ok. but sometime a bit bosan coz tak tau nak buat apa. hubby plak keje shift, so masa untuk diluang bersama tak tentu. bila dia balik, aku g keje. aku balik keje, dia tido. haha. eh  lupa nak gtau, rumah kami dah boleh duduk. o yeahhhhhh!! will blog about that later ok? insyaAllah :P

Actually lepas dah settle semua majlis ni tak tau nak story pasal apa lagi dah. tujuan aku buat blog ni dulu sebab nak share experience n jugak jadi wedding diaries. so now, nak blog pasal apa lagi ye? jadi diary husband n wife plak ke? haha. tengok keadaan la nanti macam mana ye. sayang nak biarkan blog ni. dari blog ni jugak aku dapat ramai sahabat baru. kan kawan2?

P/s: Dah 2 bulan lebih majlis aku berlangsung. tak habis review pown sume benda. ada lagi ke orang nak baca? u tell me :)

So Tata.