Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, July 20, 2012

Berpiknik di Pantai Morib

Ok ini cerita seminggu sebelum ke Cameron. i tak sempat nak publish la u :P

**********************

Semenjak menjadi suri di rumah ni kan, jarang bebeno aku buleh melihat dunia luar. dunia aku sekarang 90% hanyalah bersama anak semata2. nak berjalan pown macam tak ada tempat nak dituju.

Jadi.... bila ada peluang nak kemana-mana sehabis boleh aku tak mo lepas. bosan okayy duduk rumah jer 24/7. ok takde lah tak keluar langsung. kalo dah aku bosan sangat, hubby takde kat rumah, aku angkut jer la budak kecik tu gi mana2. tapi biasanya keluar bersebab la. bukan la meronggeng semata2. dia pown ok jer bila duduk dalam car seat.

Now nak cerita pasal piknik la uolls. destinasinya adalah di Pantai Morib, Banting. jauh tak jauh mana la. tapi macam tak dekat mana la jugak hehehe. pergi bersama family in law. 1 van 1 kereta. wahhh macam ramai bebeno bunyiknya herherher.


Before pegi tu bukan main lagi dalam kepala otak ni nanti nak kasi Hafiy main pasir, nak celup kaki dia dalam air.


Sekali bila dah sampai, hambikkkk. pantai ni ada tembok yer anak2. nak main jugak kena turun bawah. lagipown kat sini memang tak dibenarkan mandi (tak selamat kot). bukan la aku nak mandi pown, cuma frust sebab angan2 tinggal angan2 semata muahahaha.


Takpe balik kampung nanti kita pegi pantai ori yer. ori kata kau!


Yup we are cousins ;)


Aqil: Hafiy, jom kita main sama2 nak?



Hafiy: Aqil main lah Aqil punya tu. Hafiy nak mamam menan ni la nomnomnom




Aqil: Ala... jom la kita main sama2. lagi bestttt
HAfiy: Tak mo la.. tu awak punya, awak main la sorang. kita nak main sorang2 jer ari niii



Aqil: Oooooo tak nak main ngan kita yer.. nah hambik! hahahaha


Hafiy: Uwaaaaaaaa kita kasi tau dekat Ibu kita! biar dia gigit tangan awak yang bambambam tu! huhuhu

Sekian sketsa dua sepupu hehehehe.


Main lah macam mana pown.. hisap tangan jugak paling besttt


Angin dari pantai kuat. main belon tak payah tiup2 dah pown. pegang jer otomatik belon kuar. best ooo angin kuat macam ni. rasa nak berumah di tepi pantai lah pulerrrr :D

"Uuuuuuu apa tu???"


Budak2 kecik yang 4 orang tu sibuk dengan layang2.



Hafiy: Abi.. Hafiy nak main jugak layang2 ni... belikan la kat Hafiy satu!


Hafiy: Cepat la Abi.. belikan la...




Abi: Tak boleh la sekarang. ok nanti Hafiy dah besar Abi belikan layang2 yang besha punya ok?


Hafiy: Ala... tak boleh sudah!

Hehehehehe.

Biasalah kan, kalo piknik, bawak bekal lah paling syok. biras i masak nasik goreng, kak ipar i masak sambal udang, mak mertua i masak ayam goreng, i pulak masak sardin gulung n goreng keropok keping hehehehe. syok ooo makan2 sambil menikmati angin dan udara segar.

Solat Zohor kat sini sebab kami pegi awal. ingat nak tunggu sampai petang, Asar kat sini dulu. tapi tengok masing2 macam dah penat jer. budak2 pown dah meragam, beransur pulanglah kami..

Penat sangat anak Ibu ni yer..

Budak kecik ni balik rumah sunburn, lepas tu kulit menggelupas. kesian!

Lain kali boleh datang sini lagi. syok bawak anak jenjalan (walaupown sebenarnya mak dia yang over eksaited hahahaha).

P/s: Esok dah mula puasa. alhamdulillah 22 hari yang aku tinggal tahun lepas berjaya diganti sebelum ke Cameron Highlands hari tu :)

So Tata.

4 comments:

CINTA UNTUK KITA said...

comelnya.. krim slm kat baby comel tu ya kak :)

tak sbr nk puasa esok :)

Halimaton Hanafee said...

yang akil tu bape bulan..ketak nye bdn...huhu

Mysarah Rahman said...

cinta untuk kita:
ok dah siap kim salam peluk cium lagi dah ;)

halimaton:
5 bulan, beza sebulan jer dengan Hafiy. tapi badan dia memang kusss semangat. dah 9kg tau!

safiyyah osman said...

Murah senyuman sungguh la hafiy nie..geram2..