Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, July 25, 2012

Tersedak Susu

Kejadian berlaku pada lebih kurang pukul 200 di pagi 5 Ramadhan.

Macam biasa, bawak si kecik tu masuk tido. lewat dah, dah pukul 130 macam tu (dia memang biasa tido lewat bangun lewat macam maknya hahaha).

Susukan dia atas katil sambil mengiring. mula2 bagi sebelah, minum lah dia. minum punya minum punya minum terlena lah dia. aku cabut cik N dari mulut dia. tengok dah lena betul dia tido. aku betul2kan badan dia pown bo layan jer dah. pastu aku lelap lah sekali..

Tak sampai berapa minit, tetiba dia macam terkejut, terjaga balik. aku bagi la minum dari belah lagi satu (satu perangai dia sekarang, even dah kenyang minum dari satu belah, kalau aku sua lagi sebelah pown dia akan minum macam haus bebeno). so minum lah dia. tengah dia minum tu aku rasalah susu tengah laju keluar. dia pown laju jer hisap (kalo tengah susu laju tu dia memang suka, lagi kuat dia hisap).

Minum punya minum.... tetiba dia tarik mulut dia. aku tak tido lagi masa ni. aku tengok jer dia. dalam hati "Kenapa pulak dia berhenti. jarang macam ni". cahaya dalam bilik pown suram2 jer sebab dah tutup lampu besar. sekali aku tengok dia macam tercungap2. "Ya Allah anak aku!!!"

Sepantas kilat aku angkat dia, pangku atas riba, tepuk belakang dengan kadar yang laju dan dalam masa sama menjerit "Awakkkkkkk!!!!!" (hubby aku tengah tengok tv lagi kat luar masa tu). terkocoh2 dia masuk bilik!

Aku tepuk belakang Hafiy, n tetiba dia muntah dengan kadar yang sangat banyak (tak pernah muntah macam tu sekali). habis baju aku, baju dia, cadar, sume lencun. dengan kahak, ubat yang baru makan sume keluar sekali (dia baru baik dari demam. tapi batuk n selsema belum hilang). lembik jugak lah aku tengok dia. ditenung jer muka kami laki bini yang kelihatan seperti baru lepas nampak gajah terbang hahaha. mau tak risau???

Tapi tak lama pown dia buat muka konpius. terus menyengih jer lepas tu ingat kitorang tengah mengagah dia. padahal mulut kami duk potpetpotpet tanya itu tanya ini kat dia (ko bajet anak ko paham la kan??? hahaha). biasalah kan.. bila jadi benda yang unexpected ni, mulut kita, tingkahlaku kita pown ikut sama lah unexpectednya herherher.


Sesi menukar baju di kala hening pagi huhuhu.

"Hmmm... apesal Ibu ngan Abi tadi cemas semacam eh? hmmmmmmmmm pelik kita..." 

Dah siap tukar baju semua, aku tidokan balik. tapiiiiii fobia ok nak suakan cik N kat mulut dia. duk berdebar2 tak abes lagi. tapi budak yang sorang ni bukan senang nak tido tanpa menetek (most of the babies memang macam tu kot kan?). mulanya nak kental hati la, konon tak nak bagi dulu. tepuk2 jer bagi dia tido.

Tapi takde maknanya. dia duk menggeliat sana menggeliat sini pusing kanan pusing kiri carik "buah hati" dia hahaha. suakan lah jugak. baru berapa saat, terus terpejam rapat mata dia.


Tapiiiii sumpah aku tak berani nak lelap masa dia tengah menyusu tu huhuhuhu. fobia okayyy!

Tido malam tu pulak dia asyik terjaga sebab batuk. tiap kali dia terbatuk tu jugak la mata aku akan terbuntang luas tengok dia. tapi walaubagaimanapun tido tetap harus ada style.


Tak lama lepas tu, Abi dia bangun pegi toilet. aku lena masa ni. tetiba hubby kejut aku.

H: Cuba tengok Hafiy tu
A: Ya Allah.. bila masa dia pusing ni???

Keadaan dia masa tu adalah meniarap n makan space yang besar sampai Abi dia kena tukar posisi tido hahaha.

Sebelum 

Selepas

Baek punyaaaa awak makan space katil yer. nasib baik katil king nak oii. kalo queen, konpem tempat Abi  selepas itu adalah di atas lantai hahaha.

Tapi apa pown, alhamdulillah...... Hafiy tak apa2. syukur syukur syukur syukur.......

So mommies2 semua, please berhati2 yer. tak nak lah apa2 yang buruk berlaku kan. kalau nak menyusukan anak sambil baring tu, make sure janganlah kita terlelap dulu selagi anak belum lena. bahaya tau! dulu aku selalu dengar kes2 baby tersedak susu macam ni dari orang. n now dah alami sendiri, sumpah menggigil mak uolls!

Apa yang mampu kita elak, kita elakkan lah.

So Tata.

8 comments:

Liyana said...

ish takut nye kan...
tiap kali pas susukn anak mesti tegakkan badan dia.. kasi die sendawa dulu baru tidokan die balik.. tkt tersedak susu tu lah..

Unknown said...

Zara slalu tersedak even dah sendawakan die....
memg risau sgt2....
nnti muntah blik susu die minum...
cmne nk wat...
tolong...

Erna Nordiana Zamri said...

terus sy klik blog awak lepas terbaca kat group fb. anyway salam perkenalan. nasib baby ok :)

safiyyah osman said...

Saya xpandai nk susu smbl bring n xmau ambk risiko tkut tlelap n tertindih hdung adelia huhu..tiap kli myusu msti pangku dia..

Selamat hafiy steady,sengih tetp no.1 hihihi.

iietamalek said...

alhamdulillah takde apeape..

Salam perkenalan...

Halimaton Hanafee said...

anak sy pun sama jek..dah jd biasa bila dia muntah byk bila menyusu tu..first dulu memang cuak jugak..bila selalu kene dah tak rs pape dah..hehe...angkat terus tepuk je bila die munth byk...lagi bagus die muntah..bleh keluar semua kahak tu...hehe

Unknown said...

Baby mmg cmtu agknye kn..klu xde cik N dlm mulut,selg tu xbleh lena.huhu
Iman time 3-4bln dlu slu muntah cmtu,tp bkn tersedak..sbb die overload.huhu..dh kenyang pn still nk jgk isap lg.

Aty Fared said...

memang risau kan...!! qaleef tak pernah jadi lagi..tapi aty selalu terpikir2...takut..!!! aty pernah nampak depan mate aty budak tersedak susu..berdebar jantung walau tu bukan anak sendiri..hurrmmm

eerrr...posisi tidor kite dah sama..tapi aty yang selalu mengalah tidur kat bahagian kaki..sadis..;p