Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, July 31, 2013

Al Kesah Nak Beraya

Tahun ni ai eksaited bebenor nak beraya. Ape ke hal entah. Nak kata sebab anak, tahun lepas pon budak ni dah wujud. Nak kata duit banyak dapat bonus, takde maknanya! Oh mungkin sebab bakal pulang berhari raya di kampung halaman selama 10 hari agaknya. Haaa hambik tahun ni ai cuti paling panjang uollss. Unpaid leave pon unpaid lah.. janji aku dapat raya sungguh2.

Cakap pasal persiapan. Baju anak, seluar anak, sampin anak, songkok anak, kasut anak, sume dah settle. Baju aku, tudung aku, sume dah beres. Hubby punya ponnn all beres already. Apa yang mak ayah kat kampung request pon alhamdulillah berjaya dicarik. Kuih raya untuk kampung, umah family mertua, rumah sendiri, jugak dah beli. Tinggal nak topup2 gitu jer lah kalo jumpa yang berkenan dek hati dan mulut yang tengah lapar hehehe. Duit raya, dah standby. Esok kasi tukar jer. Envelope raya dah ada sikit, sok tukar duit dapat lagi yang lain. Haa cukup la tu.

So sekarang tunggu nak balik kampung jer sabtu ni yeayyyyyy!

Ni kasut raya untuk mak :)


Jangan heranlah, mak ai memang suka yang glemer2. Tumit2. Rendah2 flat2 tu dia taknaknya derrr..

Ni pulak kuih raya untuk topup katanya.


Beli kat bangunan ofis ni jer. Dekat groundfloor tu dorang bukak booth jual2 barang. Ala kecik2 jer. Yang meniaga pon sume staff2 bangunan ni. Kuih gunting tu rm18. Rempeyek tu rm10. Tapi beli dua ni dapat pakej, jadik la rm26. Hai siap berpakej bagai hehehe. Lagipon ni homemade dari rumah anak yatim. Membeli sambil beramal kan?

Kuih raya lain sume tempah. Sume dah dapat pon. Masa beli tu rasa macam banyak. Tapi bila bahagi untuk 3 rumah, alahai... baru 3, 4 jenis. Yer lah.. tiap2 jenis kena beli 3 @ 4 balang. So memang la nampak banyak. Quantity yang banyak tapi variety tak banyak. Camne tu?

Ok lah tu jer babai :)

Nak Share Ni...

Sepanjang hibernasi kat dunia beloging ni, macam banyak je benda yang tak dikongsi kan? Hari2 aku baca belog korang tau. Komen je tak. Kadang kalo free lelebih tu komen ler jugak. Tu pon dalam 10 entry yang dibaca, belum tentu pon ada 1 komen menyinggah hahaha..

Kejam tak kejam mana lah cuma..... entah..
Dah lebih 10 bulan keje. N selama tu jugaklah belog ni sunyi sepi *orang lain pon keje jugak oiiiiii*.

Nak sangat share ngan korang pasal 1 ni..

Yes its about breastfeeding.


Soon insyaAllah....

Sunday, July 28, 2013

Hari Minggu

Ehhh orang lain seboleh2 tak mau update time weekend *takde page view lah nanti kan* tapi aku ni menggedik pulak update2 time weekend. Ehhh janji ai update kan. Karang tak hupdate orang bising pulak *eceh macam glemer bebenor bunyiknya muahahaha.

Hari minggu.. encik hubby macam biasa adalah bekerja. Pelik kan hari2 pon keje wuhuuuuuu. Baru je lepas layan putera raja bersiram berendam dalam kolam.

Lepas ni nak buat apa eh.. shopping raya awal2 lagik dah kasi settle. Tapi kalo nak keringkan poket boleh ajeeeeee hahahaha.

Wei sape tau camne nak letak gambar tu between post? Tak best lah gambar asyik duk atas jer. Admin blogger-droid tolong ajarin aku. Eceh.

So tata.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, July 27, 2013

Masa Berkualiti

Assalamualaikum.

Sekarang ni konon nak seru balik la semangat berbelog (bak kata aty hahaha).

Ni korang2 yang bekerja tu kan, camne korang abeskan masa yang tak berapa nak banyak tu ngan anak2? Kadang2, eh bukan, selalu2 aku rasa masa aku ngan buah hati pengarang jantung tu sangatlah sikit..... tapi bila aku ada masa aku sedaya upaya jadikan masa tu sangat berkualiti. Macam biasa, hubby aka Abi sangat jarang ada kat rumah. Yer bekerj carik rezeki untuk kami untuk aku perabes hahahaha.

Dari dulu lagi... dari sebelum kitorang kawen. Aku memang suka buat kerja sendirik2. Pergi mana2 sendiri. Sape tau or sape kenal aku mesti pernah dengar aku selamba jer after work terus pecut gerak g nilai. Sorang diri. Eceh macamkan hebat sangat ko kan muahaha.

Sampaila kami kawen, aku preggy. Ponnn sama banyak buat benda sendirik. N sekarang dah beranak pon, masih sama. Bila weekend ke, public ke dalam kepala otak ni ada jer mencarik idea nak bawak anak berjalan ke, g mana2 ke, perabes duit Abi ke hahaha. Alah aku ni kadang tak tunggu weekend pon. Malam2 weekdays pon jadik jer kalo aku nak meronggeng ngan si anak berdua. Sampaikan kawan2 opis sokmo heran sempat lagi malam2 ke mana2. Welll supermommy kononnya puiii.... hahahaha

Alah korang kat luar tu lagi hebat2 kannsssss.

K lah saje jer testing blogger-droid ni. Macam senang macam best tapi apehal gambar tu aku tengok macam lebar semacam jerk? Ah gasaklah. Janji aku hupdate hahahaha.

So tata.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, July 8, 2013

Masih Di Sini

Assalamualaikum :)

Yup still here. Masih ada. Masih bernyawa di bumi Allah ini.

Nah post sekeping gambar anak teruna yang makin meningkat usia (eceh macam kan anak ko dah berbelas tahun umurnya).

Miss u too guys!

Hafiy Al Zikry
At 14 months @ 1 year 2 months young
Now entering 16 months @ 1 year 4 months young