Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, November 21, 2014

Hilang

Pendrive hilang, lesap, ghaib.
Stressnya bila dipikirkan.

Aku mula perasan pendrive tu tak ada masa dekat office petang tadi.
Tiba-tiba rasa nak cek dalam poket handbag.
Jenis aku, memang akan letak barang pada tempat dia.
Tak suka letak merata-rata sebab aku ni jenis pelupa.
Jadi memang aku akan letak barang pada tempat dia.
Kalau tak memang naik darah masa nak mencari balik tu nanti.

Kes pendrive ni pulak, aku ingat, memang lepas last guna masa dekat office kelmarin, aku letak dalam poket belakang handbag.
Dekat situ jugak aku letak kunci kereta.
Tapi tadi cari tak jumpa-jumpa.
Dah habis 1 handbag aku selongkar, keluarkan semua barang walaupun aku yakin aku memang letak dekat poket tu.
Dalam beg laptop, atas meja, bawah meja, dalam laci, semua dah selongkar, takut ada terjatuh aku tak perasan.
Tapi nan hado.
Aku call adik kat rumah suruh dia cari.
Kot la tercicir dekat rumah, walaupun memang takde guna langsung pun dekat rumah.
Takpela, ikhtiar cari.
Punnn takde.

Kawan-kawan cakap mesti jatuh dalam kereta.
Tapi naluri aku kata memang bukan dalam kereta, mesti dah jatuh dekat mana-mana aku tak perasan.
Firasat aku kata, pendrive tu jatuh masa aku keluarkan kunci kereta.
Sebabnya aku letak kunci tu sama tempat dengan pendrive.
Macam dapat rasa pendrive tu jatuh dekat area parking office.

So masa nak balik tu aku singgah guard house, bagitau dekat pak cik guard sorang ni.

Pak cik, nak mintak tolong sikit.
Yer apa tu?
Pak cik kalau jalan-jalan dekat sini, area parking kat luar tu, kalau pak cik ada ternampak pendrive warna hitam merah tolong bagitau saya yer?
Eh ada ada. Pak cik ada jumpa. Ada tulis nama kan kat situ? Saaaa-rah ke apa.
Haa yer yer. Nama saya tu pakcik. Ada ke pak cik? Mana mana?
Ada semalam pak cik jumpa dekat depan tu pendrive warna merah ada tali cantik macam gelang tangan dengan nama SARAH tu (sambil membebel sambil dia mencari-cari)
Yer pak cik saya punya la tu. Ala nasib baik la ada. Mana pak cik?
Eh saya letak atas box ni semalam. Semalam ada, ni tak ada pulak.
Ala pak cik mana. Macam mana boleh hilang pulak? Sape ambik pulak ni?
Itu la semalam ada ni. Saya letak dekat sini. Dah pesan jangan sape-sape ambik sebab tau tuan dia mesti datang tanya.
Pak cik tolong la cari pak cik. Penting tu pak cik. Banyak dokumen penting saya kat dalam tu (nak menangis dah masa ni).
Yer yer pak cik faham, mesti penting pendrive tu.

Pak cik tu teruskan cari dan mencari tapi tak jumpa jugak.
Yang mamat Nepal 2 orang kat situ bila ditanya, "Tak ada tak ada. No no".
Nasib baik ada Pak Cik Sazali tu.
Kalau tak sampai subuh pun aku explain, belum tentu dia paham menatang apa aku merepek.

Hishh tak tau la makhluk mangkuk mana yang gatal tangan sangat pegi ambik.
Pendrive jer pun bukan hard disk?
Kau ambik nak buat apa?
Sebab pendrive tu cantik ada hiasan segala?
Entah dah dibukak, diexplorenya pendrive aku tu.
Macam-macam benda ada kat dalam.
Berapa banyak dokumen ada, dari tempat keje lama semua, untuk aku buat rujukan kemudian hari.
Personal punya dokumen pun banyak.
Tak suka la kalau ada orang yang sesuka hati bukak barang personal aku.
Cukup tak suka.
Memang, sesape pun takkan suka orang usik barang personal dia.
Nama pun personal, bukan barang wakaf.

Aku tinggal no fon dekat pak cik tu.
Berharap sangat dia akan call bila dah jumpa.
Lama aku termenung dekat parking.
Terkesan betul rasa.
Mesti korang cakap, alahai pendrive jer punnnnnnnn.
Yer memang pendrive jer pun.
Tapi bukan nilai tu yang jadi ukuran, tapi isi dalamnya.

Sampai ke rumah terbawak-bawak emo.
Hubby offer nak belikan pendrive baru pun kena marah.
Yer niat dia baik nak pujuk, nak tenangkan bininya.
Tapi masa tak kena.
Tak semena-mena sebaldi bebelan padu dia terima.

Nak pendrive aku balik, nak pendrive aku!!!!!
Nak pendrive nak pendrive nak pendrive!!!!

Boleh meroyan aku dibuatnya.

Esok banyak benda nak buat, harap mood baik-baik saje esok.
Esok hari untuk Hafiy.
Ibu, you must control your emotions!

No comments: