Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, November 21, 2014

Mak Andeh

Mak Andeh.

Cerita semalam petang.
Adik dari Johor datang nak hantar barang.
Nak habis study dah dia, so dia datang rumah aku hantar barang dulu sikit-sikit.

Kat mana dah?
Dekat Mid Valley ni, dalam pukul 530 sampai la kot.
Nak aku ambik tak nanti?
Boleh jugak. Ada kotak 2 bijik ni.
Ok pukul 6 kang aku gerak. Dalam 630 sampai lah.
Ok.

Habis kerja, sharp 600 petang terus log off keluar dari office.
Bawak kereta dengan senang hati, jalan pun tak jem, 20 minit dah sampai.

Haa kat mana? Dah sampai ni.
Tak masuk dalam kan?
Tak lah, aku masuk dekat belakang ni, tempat bas lalu.
Ok aku dekat bus stop.
Ok.

Melilau-lilau aku mencari beliau.

Mana? Tak nampak pun? Bus stop mana?
Ni yang dekat simpang 4 ni.

Dalam hati (simpang 4 mana pulak ni. Tak nampak simpang 4 pun).
Tiba-tiba seolah-olah macam baru tersedar dari lamunan.

Hahahahahahaha hahahaha hahahahahaha………
Kenapa??
Aku datang stesen bas Shah Alam. Kau dekat KTM kan? Hahahahahahaha.
(Terdiam jap adik aku. Heran agaknya kakak dia gelak macam nak pecah speaker).
Hahahahahaha ok ok tunggu jap. Aku pergi sana. Hahahahahaha.

T__________T

Macam budus sangat rasa -______-
Entah apa aku pikir masa drive tu pun tak tau lah.
Dah sah-sah la adik aku naik KTM masa tu.
Macam mana aku boleh terlajak sampai stesen bas pun tak tau lah.
Entah apa benda yang bermain di pikiran pun aku tak pasti.

Dah kenapa sampai ke sana?
Hahahahaha aku pun tak tau hahahaha..
Aku dah siap angkat kotak cari kau tadi.
Hahahahahahaha..

Mak Andeh in the house yawww!!!

Tak sampai separuh perjalanan, perut memulas.
Memulas tahap yang time-time tu jugak kena carik jamban.
Dekat highway, stesen minyak tak ada, rumah sendiri jauh lagi.
Kau rasa?
Berpeluh-peluh aku menahan dari terkucil.
Sampaikan adik aku tanya apa-apa aku tunjuk jari dekat mulut jer.
Terus terkunci mulut dan kata-kata beliau.
Berani nak bermacam-macam saat kritikal macam ni?
Boleh mendatangkan kemungkaran yang maha dahsyat okeh.

Haila Mak Andeh..
Elok la tu, si suami memang pemegang title Pak Pandir moden.
Siap tertukar motor, bawak balik motor orang lain dekat rumah tanpa ada rasa ragu-ragu.
Kau mampu??
Yang hairannya, elok pulak kunci tu boleh masuk, boleh start, boleh jalan.
Eh dia tak rasa lain ke bawak motor orang?

Nasib baik Pak Aji tu baik hati, tak buat report.
Kalau tak, ke dalam la awak.

Pak Pandir ada, Mak Andeh pun ada.
Dah elok sangat la tu.

Ok itu jer nak cerita.
Kbai!

No comments: