Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, November 11, 2014

Sarah's Kitchen: Ikan Siakap Tiga Rasa

Tak pernah-pernah tepek resepi kat belog ni.
Hari ni cipta sejarah iolls.
Mana tau ada orang google, dia guna resepi kita ni, leh dapat pahala secara tak sengaja :)
Ambe pun asalnya google jugak resepi ni.
Tambah tolak sikit sana sini, done.

Lagipun bukan first time pun masak ni.
Dah berkali kali kali jugak dah.
First time masak ikan aku hancur.
Nampak sangat tak reti goreng ikan hahahaha..

Now dah expert, menjadi alhamdulillah.
Resepi mudah-mudah jer, tak susah pun nak cari bahan.
Jadi mari kita terokai resepinya :D

Bahan-bahan (Ikan):
Ikan siakap
Garam
Kunyit
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
Cuci ikan bersih-bersih. Lumur dengan air asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan. Aku guna pes asam jawa adabi tu jer. Pun bolehhhh. Lepas tu bilas dengan air sampai bersih. Gaul garam and kunyit, lumur pada ikan.
Panaskan minyak, biar lebih supaya keseluruhan ikan masak sama rata. Pastikan minyak betul-betul panas, masukkan ikan. Kalau tak panas betul, nanti ikan boleh hancur, then tak cantik.

Goreng biar garing, lagi sedap.

Bahan-bahan (Kuah):
Bawang besar - potong 4@6
Bawang putih - hiris halus
Halia - hiris halus
Serai - hiris halus
Cili padi - dipotong kecil
Nenas kiub (aku guna nenas dalam tin jer)
Cili kering kisar
Sos cili thai
Sos tomato
Sos tiram
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
Panaskan minyak, masukkan bawang putih, halia, serai dan cili padi. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar. Tapi aku sebenarnya guna cili boh Puteri jer. Selalu memang guna ni. Pemalas nak kisar cili kering punya pasal hahaha.. tapi cili Puteri ni memang sedap. Selama ni pun duk guna ni jer. Sedap jer aku masak. Ok ok sambung, melalut plak :D
Tumis cili tadi sehingga masak, kemudian masukkan sos cili thai, sos tomato dan sos tiram. Lepas tu boleh la masukkan bawang besar yang dipotong tadi. Nenas kiub pun dah boleh masukkan sekali.
Masak sekejap, masukkan gula and garam. Rasakan, siap!

Tuang kuah tadi atas ikan yang telah digoreng.

Senang jer kan cara masak ni?
Memang senang, campak-campak jer semua.
Nak pedas, lebihkan cili padi, nak masam, lebihkan nenas or sos tomato, nak manis, lebihkan sos cili or gula.
Ikut selera masing-masing.
Yang penting, mesti sedapppppp ;)

Eh resepi kat atas tu pun tak la complete sebab aku tak letak kuantiti.
Sebabnya aku sendiri pun tak pernah ada sukatan bila memasak.
Main campak-campak jer ikut naluri, gittew.
Jadinya memang aku tak reti nak letak sukatan.
Agak-agak sendiri la yer.
Masak dengan ikhlas, ikut naluri, insyaAllah jadi punya :)

Ok itu saje perkongsian resepi untuk kali ini.
Perghhhh skema ayat iolls ini kali hahaha..

No comments: