Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, November 6, 2015

Rindu Dekat Blog

Assalamualaikum & Hi all :)

Rindunya dekat blog, sangat rindu.
Serius tak boleh fokus dekat blog sangat dah.
Busy dengan semua benda <-- eleh alasan :D

Nak cuba berblogging semula.
Nak abadikan kenangan dalam bog, sebab bila baca entry lama seronok jer rasa.
Aku ni dah la ada penyakit nyanyuk, kalau tak tulis macam ni memang tak ingatlah.
Kadang-kadang bila nak ingat balik sesuatu date tu, siap refer ke entry.
Haa kan ke terbaik tu tugas blog ;)

Tapi kan, macam tak tau nak tulis apa, momentum belum ada.
Style menulis pun dah tak ingat hihihi..

Next week nak berjalan, tashabaaaaaaa :)

InsyaAllah ada kelapangan akan update dalam ni, i cuba ye, i cubaaaaaa :D

Eh jap, nak letak label apa dekat entry ni pun dah blur hahahahahaha...

Tuesday, March 10, 2015

Kali ke-3

Assalamualaikum..
Eh belog ni kalau tak bersawang bukan belog ni lah, belog lain tu.
Belog ni confirm akan macam ni punya :D

Dah bulan March 2015 dah pun.
Last update bulan December tahun lepas.
Banyak entry dalam draft sebenarnya.
Tapi semua stayyy jer dalam draft tu.
Macam biasa bila tiba-tiba mood tak ada tu, tak payah la dipaksa-paksa nak update.
Memang takkan ada update punya lah.
Lagi-lagi bila JK hahaha tak sudah-sudah.

Malam ni tiba-tiba jer datang mood nak menulis.
Sangat tiba-tiba lepas update status panjang lebar dekat facebook haha..


Boss kecik dah tido, sambung online :D

Actually i am currently on leave, for 2 weeks.
Bukan cuti yang dipohon, tapi cuti yang diberi.
Sape yang kasi?
Doctor.. huhu

Hmm apa boleh buat, belum rezeki Hafiy nak jadi abang.
Yes, miscarriage for the 2nd times.
Dulu 1st pregnancy pun miscarriage jugak.
Hafiy ni 2nd pregnancy.
Kita merancang, Allah menentukan.
3rd pregnancy juga tak menjadi.
We stop counting @ 12 weeks.
But aku redha, okay jer :)

Masa checkup 8 weeks, dah boleh dengar heartbeats dia.
At 12 weeks, bleeding, and the heartbeats were gone.
This time terpaksa buat D&C sebabnya dalam rahim tak clear even dah keluar dekat rumah.
1st pregnancy dulu semua keluar sendiri sebab kandungan baru 8 weeks, still kecik.
Now at 12 weeks, uri pun dah besar.
Hmm rasa macam nak cerita semua dekat sini, tapi malas haha..

Tak sedih?
Tipulah..
But kali ni seriously aku okay.
Even though masa checkup siang tadi doctor ada bagitau some complications on my body, but im okay.
Bukan tak boleh mengandung balik pun, only complications.
Nangis kejap jer, lepas tu riang ria la balik hehe..

Ok cerita dah habis untuk kali ini.
Good nite!