Friday, July 8, 2011

Cameron Highlands: Self-Plucking Strawberries

Ok ok ok. promise ni entry last pasal Cameron ok? aku tau yang baca pown dah jemu :D

Sambungan dari entry YANG INI.

Kami check out pukul 11 pagi. saja check out awal sebab boleh singgah tempat lain dulu. aktiviti last day ni patutnya self-plucking strawberries! so kami just jalan n jalan tengok ada tak ladang yang offer self-pluck. memang banyak tapi entah lah tak rasa nak masuk.

Then jalan punya jalan lagi, jumpa la tempat ni: HEALTHY STRAWBERRY FARM. owned by Indian family i think. sebab majoritinya India.

Tapi bila sampai sini, yang lain tak nak petik pulekkk. so aku sorang jer la yang jadi gila kuasa herherher.

Rate untuk self-pluck kat sini lain sikit dari yang aku jumpa sebelum ni. biasanya tempat lain akan timbang. tapi kat sini 1 bekas = RM25. dia bagi bekas, isi lah sampai penuh. jangan lebih sangat, nanti dia akan caj lebih. tapi yang tak best, kena petik pakai tangan. baru berangan nak jadi ala2 mat saleh T__T


Yang seronoknya bila petik sendiri ni, kita boleh pilih stroberi yang betul2 masak, yang betul2 merah, yang besar2. sebabnya kalau yang dorang jual siap packing, buah yang besar harga lebih mahal.


Stroberi kat sini masih lagi dikategorikan sebagai banyak. sebab dekat tempat lain, sume dah nyawa2 ikan. dats y jangan pergi yang tempat tumpuan ramai. stroberi mesti dah kurenggg punya lah.

Sebenarnya petik sendiri ni rugi jugak. sebab yang dorang jual, 1 paket = RM15 instead of RM25. banyak kan beza dia? tapi takpe, yang penting experience tu. bukan senang nak petik sendiri buah yang tak hidup kat tempat kita ni kan? lagipown, even mahal sikit, bekas tu aku kasi isi penuh, sendat. takde space kosong. so kira macam win-win situation la. ahahaha ayat penyedap.

After that kami pulang. datang ikut Tapah, balik ikut Simpang Pulai. saje nak cuba jalan lain2.

Tamat Sudah :P

So Tata.

1 comment:

ANIeM said...

Ada jalan simpang pulai kah? kalau lah ku tahuu... huhu..