Tuesday, November 18, 2014

Once Upon a Time in Pulau Tioman | Day 1

Kenapa tajuk once upon a time?
Sebabnya tarikh kejadian adalah pada bulan August, sekarang dah bulan November, sangat once upon a time kan? :D
Tak nak cakap banyak, nak tulis entry travel log jer terus.
Entry ni adalah auto published setiap hari jam 900 pagi sebanyak 4 episod.

*************************

Pulau Tioman, Day 1, 23 August 2014

Kami pergi 23/8/14 sampai 26/8/14, 4 hari 3 malam. Gerak dari Shah Alam 22/8/14 hari jumaat malam. Dalam pukul 1130 malam camtu kami bertolak. Naik van ayah mertua. Kami pergi berenam jer. Aku tiga beranak, mak mertua, ayah mertua and adik ipar aku. Sepatutnya bertujuh, adik ipar sorang lagi tiba-tiba last minute tak jadi pegi sebab ada exam. Dah la dia yang arrange trip ni. Dia tak pergi, agak terkontang-kanting jugak la kami :D

Dari Shah Alam ke Mersing lebih kurang 5 jam perjalanan. Dalam pukul 420 pagi sampai la dekat Jeti Penumpang Mersing. Pagi buta lagi. Subuh pun belum. Tapi dah ramai dah yang standby dekat jeti tu tunggu first feri. Kalau tak silap feri pertama pukul 630 pagi. Hubby n ayah mertua pergi cari parking lepas turunkan beg semua. Dekat situ ada few tempat yang sediakan tempat parking. Ada rate masing-masing la tapi aku tak ambik tau sebab mamai lagi baru bangun tido :D

Jeti Penumpang Mersing. Kalau nak cari dalam Waze kena taip full tau. Taip jeti Mersing jer dia tak mau keluar.

Mula-mula sampai tu kena register nama dulu dekat kaunter pendaftaran penumpang. Tiketnya aku tak tau macam mana nak beli sebabnya kawan kepada adik ipar aku tu dah handle semua. Kami tinggal nak register nama jer.

Sementara tunggu feri sampai, solat subuh dekat jeti tu dulu. Ada surau tapi masalahnya tempat ambik wudhu' satu jer. Campur jer lelaki perempuan. Dah la open space. Memang sangat tak bersesuaian okeh. Nak ambik wudhu' dalam tandas, orang beratur nak masuk masyaAllah. Jadi ambik wudhu' berteman la jawabnya. Jaga line huhuhu..

Kami dapat feri first trip. Pukul 700 pagi camtu baru betul-betul gerak dari jeti. Masa naik feri tu ada budak jaga beg tanya:
Akak nak kemana?
Tioman lah
Yela tapi kampung mana?
Entah

-..-
Mana la aku tau kampung mana. Takde sape bagitau pun. Yang aku tau nak ke Pulau Tioman. Rupanya Pulau Tioman ni ada 3 pulau berbeza tempat pelancong datang. Mana aku tau dah nama pun first time datang hahaha..

Dah sampai baru mak mertua bagitau. Kami punya destinasi ke Kampung Tekek. Pulau yang paling jauh. Sebab feri hantar penumpang ke 2 buah pulau tu dulu, then last sekali baru ke Kampung Tekek ni. 2 jam perjalanan gak la campur lagi berhenti ke 2 pulau pertama tu.


Pukul 900 pagi sampai ke Jeti Kampung Tekek. First benda yang aku notice, cantiknya air laut diaaaaa!! Itu la benda paling aku suka bila pergi pulau macam ni. Dia punya air laut masyaAllah cantiknya tak terluah dengan kata-kata. Indah yang sukar nak digambarkan. Terpesona terkesima terkebil-kebil mata.

Amacam bersemangat tak ayat iolls :D


Tunggu driver datang ambik dengan truck. Eh tapi bukan truck. Kereta macam Hilux, Triton yang tinggi ada ruang letak barang dekat belakang tu orang panggil apa? 4x4? 4 wheels drive? Ke amende? Tak tau lah aku. Panggil truck jer la senang :D

Suka sangat chalet kayu macam ni

Kami tak stay dekat hotel tapi chalet tepi laut. Bilik betul-betul berdepan laut. Best giler. Giler punya best bila bukak pintu bilik benda pertama nampak adalah air laut yang membiru. Deruan ombak, angin dari laut, pokok rhu. Indahnya subhanallah :)


Sementara tunggu nak check in, pergi breakfast dulu. Tapi dah lewat kan, so tinggal roti bakar dengan jem aje la. Jadik la kan untuk alas perut dengan badan penat lepas perjalanan jauh. Pakej kami ambik ni memang makan semua included. Everything included dalam pakej ni. Feri, transport, bilik, makan, snorkel. Harga nanti-nanti last entry kang aku cerita. Save the best for the last :D

Dah dapat kunci bilik, apa lagi kan. Kemas beg apa yang patut, mandi segarkan badan, pengsan. Bukak mata eh eh dah lunch time :D

Our first lunch. Nasi with ayam masak lemak cili padi, ikan goreng, telur dadar, kacang buncis goreng, sambal belacan, tembikai and air oren.
Mak and ayah mertua

Senang bila ambik pakej yang dah include sekali dengan makan. Lagi-lagi dengan anak kecik. Tak sanggup aku nak merantau mencari makan ke sana sini. Dah la tempat tak biasa. Kang ada yang brekfas roti, lunch megi, dinner megi. Cukup-cukup la aku hidup dengan megi dari zaman belajar dulu huhuhu..

Chalet kami stay ni pulak memang wholly owned by muslim. Orang melayu kita owner dia. Orang Melaka pulak tu makcik tukang masaknya. Memang marbeles lauk pauk dia masak. Sedap cukup rasa cukup semua. Bab makan memang takde komplen. Alhamdulillah rezeki dapat makan sedap sepanjang stay sana. Makan tak best pun boleh mendatangkan mood yang bercelaru oiii :D

Settle makan, balik rehat dekat bilik lagi. Dah kata bercuti nak tenangkan fikiran, kita rehat sehabis boleh la iyer dak. Hubby dengan mak mertua turun la jugak mandi laut. Aku sentuh kaki pun tidak. Hafiy tak bagi hahaha alasannnn :D. Eh tapi Hafiy memang geli dekat pasir, takut air laut (sebab airnya dalam). Tak best langsung datang pulau tapi tak nak mandi laut T___T


Jadinya duduk je la dekat bilik tu rehat-rehat menikmati pemandangan indah and sambung tido hahaha.. penat berjalan tak habis lagi. Lagipun hari tu memang takde aktiviti apa. Yang group lelaki kawan adik ipar tu datang untuk diving. Dorang semua tu memang dah ada lesen, and datang sini pun purposely nak diving. Antara tempat paling best dorang kata adalah Pulau Tioman. Itu dorang kata, bukan aku kata. Sebab aku pun penakut air dalam hahaha..


Actually tujuan utama kami datang ni pun sebab adir ipar yang perempuan ni nak ambik lesen diving. Dulu adik ipar yang lelaki tu ambik dekat sini jugak. Instructor pun sama, Pak Manap nama dia. Muka garang tapi dalam hati ada taman kata mereka herherher :D

Bukan minat aku la benda-benda macam ni. Suka tengok orang buat tapi diri sendiri memang tak minat. Takpe takpe awak-awak yang minat buat lah. Saya support :D

Ini kelawar ke keluang pun tak tau lah. Tapi memang banyak giler duk bergayut dekat pokok-pokok sekitar situ. Time maghrib lagi riuh rendah sebab dia kan tido siang. Dah maghrib baru bangun. Biasa dia tuuuu.

Petang tu pulak jalan kaki meronda nak tengok kawasan pulau. Tenang sangat rasa tempat macam ni. Tak sesak dengan kenderaan, bunyik hon, asap sana sini, tak ada jammed. Sekali sekala dapat rasa suasana macam ni memang best. Rasa nak jadi pemastautin terus pun iyer :D

Boleh dikatakan kami ni 1 group la. Tapi aktiviti takde la sekali pun. Cuma under arrangement yang sama.

Berdekatan dengan jeti ada beberapa kedai makan. Just duduk minum, borak-borak sambil tunggu matahari terbenam. Dah gelap jugak la baru masing-masing gerak balik.

Oleh kerana tujuan utama datang sini pun sebab nak meneman adik ipar tu ambik lesen diving dia, jadi kami-kami ni memang takde itinerary yang khusus. Banyak leisure jer. Rehat-rehat, tengok air laut :D

Dinner hari pertama. Nasi putih with daging masak black pepper, paprik ayam, sup sayur n bebola, telur dadar, tembikai, air sirap.

Lepas maghrib turun pulak makan malam. Memang kejenya asyik makan jer. Tak sempat nak rasa lapar hahaha.. lepak-lepak dekat kafe ni tengok tv sambil dengar si Helmi, "tourist guide" kami ni bercerita pasal pengalaman diving dia. Untunglah sebab dia kawan adik ipar kan. So memang dia jaga kami betul-betul. Bilik kami lah paling best. Paling dekat dengan cafe, paling cantik lokasi, mengadap laut. Sebab selalunya bilik kami tu group diving yang akan stay. Tapi kali ni special case sikit sebab special request hehe..

Malam tu tak ada buat apa-apa pun. Orang-orang muda tu melepak dekat kafe la, main gitar, borak-borak. Weolls masuk bilik, sambung rehat dan rehat :D

Tak mengapa, esok lusa masih ada.
Tak perlu la kot kelam kabut sangat nak pulun semua terus.

Akan bersambung.. :)

No comments: