Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, June 30, 2011

3 Surprises for Him: Revealed

Surprise 1

H: Ayang, ayang ada hantar apa2 kat abang ke?
A: Hantar apa?
H: Ni ada orang hantar barang kat abang ni
A: Barang apa?
H: Ada bunga dengan kotak hadiah. Tapi dia tak tulis nama
A: Habis nape awak kata kita yang hantar? Oooo… awak ada secret admirer eii. Ada perempuan lain eh?
H: Ya Allah ayang mana ada. Abang ada ayang sorang jer
A: Sampai hati awak kan….
H: Ayang ni mana ada. Patut la orang kilang tadi cakap jangan bagitau orang rumah. Kalau bukan orang rumah yang hantar mesti dia mengamuk punya
A: Habis nape awak bagitau kita?
H: Sebab abang tau ayang sorang jer akan buat benda macam ni
A: Ye ke? Mana ada 


H: Iye... ayang yang hantar. Kan? Satu kilang kecoh tau. Tak pernah ada orang buat dekat Goodyear ni.
A: Takde orang buat, biar kita buat. Suka tak?
H: Suka lahhhh. Menitik air mata abang ni. Terima kasih. Sayang ayang.
A: :)

Kawan2 hubby nakal! comel jer.


Surprise 2



Sampai jer rumah, hubby tengah cabut rumput dekat laman. slow2 aku masukkan kek ni dalam rumah. dia tak perasan langsung.

Masuk rumah, berkilatnya lantai! hubby mop lantai rupanya. not just living room, tapi satu rumah. bilik air wangi! terharu :')

And i call him suruh masuk. and then, second surprise!

Nyanyi lagu happy birthday, rasa touching giler :')

A: Suka tak?
H: Sukaaaaaa. ayangggg nape special sangat ni. terkejut abang.
A: Nama pown surprise
H: Tapi kenapa special sangat?
A: Ala.. salah ke. ni kan 1st time kita sambut birthday awak lepas kita kawen.
H: (A kiss on my forehead)
A: :)

Careless la budak2 BR ni. lilin tak bagi, pisau pown takde. haiyooo!

Aku cuma makan sepotong kecik jer. yang lain hubby habiskan. lagipown bukan kek besar sangat. just for 2-4 persons jer. tapi banyak la jugak kan. tak sia2 aku beli :)

Surprise 3

About 9 hubby dah tertido. letih kemas rumah agaknya :)

1030pm
A: Awak bangun. jom siap2
H: Nak pegi mana?
A: Jom jer lah. siap jer
H: Dah lewat ni
A: Takpe. jom. orang bawak kete. awak ikut jer eh

1100 pm
H: Nak pegi mana ni yang? Nak pegi makan ke? Nak makan ok jugak, abang lapar ni.
A: Ala... Ada lah..
H: La.. ada lagi ke? ingatkan dah habis tadi
A: Nape awak tak suka ke?
H: Suka tu suka tapi sakit jantung abang ni yang
A: Hahahahahaha

Bila dah separuh jalan.

H: Kita nak pegi rumah mak ke?
A: Rahsia

Sampai simpang ke Summit.

H: Nak tengok wayang eh?
A: Rahsia
H: Cite apa yang? transformers ke?
A: Rahsiaaaaa
H: Alaaaaa......

Memang nak tengok muvee pown. hehe. tapi sampai ke sudah aku tak tunjuk tiket, tak bagitau cerita apa nak tengok. sampai dalam panggung pown dia tak tau sampai la cerita start.

H: Transformers!! terima kasih ayang
A: :)


Besttttt!! walaupown aku tido separuh jalan dem! sejam aku tertido tapi 10 minit terakhir aku tengok. gedik nak tengok muvee tengah malam tapi tido. hahaha. tapi aku konpiden memang bestttttttttt giler cite ni.

Sampai rumah dah pukul 3 pagi. dua2 landing, pengsan.

A: Awak bangun dah pukul 7!
H: Ya Allah..
************************
H: En XX saya lambat sikit masuk. baru terjaga ni

Pukul 8 baru sampai office. lambat sejam! tak pernah lagi lambat sampai macam ni. bila hubby sampai ofis jer:

H: Dah2 tak payah nak senyum2, nak tanya apa2. buat keje!

Hahahahahahahahahahahaha.

So Tata.

Wednesday, June 29, 2011

3 Surprises for Him

Today is his birthday


29th June 1983 ~ 29th June 2011

28 tahun sudah!

Semalam after balik urut, lebih kurang 11 lebih, aku terus tido. patutnya aku tahan la sikit kan mata tu. but then i have different agenda for him :). aku tido mati sampai la pukul 5 pagi. terjaga sebab nak terkucil. i saw him tido dengan nyenyak sekali. ikut hati nak jer kejut and wish him. tapi aku tahankan mulut ni. pagi tadi pown time hubby nak g keje, aku still tak wish apa2. buat macam aku lupa, aku tak ingat apa2!

Pagi aku tengah siap, dia call. time aku on the way g keje pown, dia call lagi. nak orang wish dia la tu! hahaha. kawan dia dekat belakang siap sound "Hari ni Birthday abang!". stillllll aku wat bodooooooo jer ko. buat2 tak dengar. biar biar biarkan! konfem dia ingat aku lupa tu. hey i never forgot lah!

Takpe, he will surely love what i have planned.

3 surprises for him.

Different ways.

Secretly.

Today.

=)

So Tata.

Friday, June 24, 2011

Sivik


Cool eh? ni dekat traffic light kat Dungun. yang aku perasan area Kuantan, Kemaman n Dungun suka tulis signboard yang ala2 ajak berborak macam ni.

Orang kita ni degil. macam2 cara dibuat agar mereka2 ni sedar. tapi tak makan saman. tak belajar sivik ka??

So Tata.

Senyum!

Aina, senyum!































Thursday, June 23, 2011

Kereta oh Kereta

Kereta pulak buat hal. dekat bahagian depan asyik bunyi. bising plak tu. ngilu gigi aku. ek ok ek ok. pegi hantar pomen, katanya break pad dah habis. besi berlaga besi. perghhhhh cuba anda bayangkan. indah bukan?

Ok settle pasal break pad. nak start enjin, enjin plak tak nak hidup. sekali tengok bateri pulak kang king kong. hadoiii. dah lama dah perasan macam lain macam. tapi elok pulak sekaligus dia buat hal.

Weekend ni ada projek, terpaksa jugak repair secepat mungkin. mencabar jugak perjalanan tu.

Eh2 nak g mana pulak?
Tungguuuuuuuuu.... my dream will come truuuue :D

Sap sap sap melayang 400++. naseb la kan. dah namanya pakai kereta, bersedia jer la duit untuk maintenance.

So lunch tadi pergi ambik kereta, terus pegi makan. jumpa kakak ipar n kawan opis lama (dulu i keje 1 opis dengan kakak ipar ye). sembang punya sembang dia bagitau dekat situ bakal ada kerja kosong. katanya after 2 years keluar dari kompeni, kita boleh cuba apply masuk balik.

Reaksi aku? memang TAK ah! takde nya der aku nak kerja balik kat situ. everything is about politics. ko pandai ambik hati boss, ko hebat. ko jadi budak baik, ikut arahan orang, ko kena pijak!

So Tata.

Untuk Kamu Auni Qalesya

Sudah menjadi tradisi kami (rakan2 ofis), bila ada ofismate baru kawen, dapat anak, mesti kami akan collect duit untuk bagi hadiah. kami ni pown berapa kerat la sangat. so kutipannya so-so jer la yer. hehehe.

Si ex-mak buyung ni dah request awal2 lagi. "Sarah nanti aku nak car seat atau stroller tau". amboi demand? takpelah aku ikutkan jer lah. aku kan sahabat sejati gittewww.


First place survey dekat IOI puchong. mula2 masuk ke Anakku. tapi takde yang betul2 kena dengan budget. masuk jusco. dah jumpa yang ok, ada promo lagi. but the colour tak ok. that mummy mau merah la pulakkk. ngengade kan? haiyyoo!

The next 2 or 3 days kami ke jusco bukit tinggi plak. mana tau ada kaler yang dia nak tu.

Stroller. geramnya lahaii nak beli untuk anak sendiri! hehehehe.

But my boss kata better beli car seat. budak2 bukan nak duduk sangat atas stroller. car seat memang sangat berguna katanya. lagipown that mummy nanti akan selalu travel berdua dengan anaknya saja. so memang sangatlah berguna.


Baby cot. comelnyerrrr. warna putih macam ni nampak suci jer.


Agak banyak choices. tapi harga pown buleh tahan. budget yang ada agak terdesak, so paham2 sendiri.


Finally we choose this one jugak. warna merah memang out of stock jer lah! terpaksa jugak ambik yang ni. biru pown biru la yer. harga asal 400++ tapi now tengah ada promotion sampai the end of this month. kualiti not bad! seat dia tebal. kedudukan boleh laras (boleh baringkan).

Oh ye. sini ada nak share 1 info. car seat ni ada macam2 jenis tau. n tak semua car seat sesuai untuk sume peringkat umur baby. ada yang untuk newborn to 6 months jer. ada yang from 6 months and above. tapi yang kitorang beli ni suitable for newborn sampai lah umur dorang 3-4 tahun (bergantung pada saiz budak). so very the practical lah. tak perlu membazir beli lain lagi dah. ok?


Sotong tu cute!

So Tata.

Wednesday, June 22, 2011

The Lunch


Bihun goreng singapore chinese style. talak abes. muak lah. too oily. kalo tau kena lunch sensorang baik aku masak, bawak bekal. kak shikin ni kalo ada geng terus takmo lunch ngan aku. sedeyyyyyyy.

Apesal la orang bersalin kena cuti sampai 2 bulan??!! boring la aku sorang2 kat sini. boss pown jarang masuk. boring tak terkata hokey.




Update belog je kejenya.

So Tata.

Sarah's Kitchen: Nasi Minyak

Buat label baru yer? Sarah's Kitchen. wahhhh verangan chef uollsss. sementara mood masak-memasak ni masih bermaharajalela baik aku abadikan dekat sini. nanti dah malas rugi kalo tak berlagak sekarang. muahahahaha. shadap la u sarah!

Lately ni suka try macam2 resepi. berbekalkan buku resepi yang aku beli duluuuuu tu [tekan SINI], boleh la dibuat rujukan. kadang2 just nak ambik idea jer, yang lain aku belasah. kalo tak puas hati jugak, i call chef online. mak i kan chef? ;)

Sekarang ni boleh dikatakan hari2 lah masak. kalo tak makan berat2, yang simple2 pown jadi lah. maklum lah dapat hubby yang kerja shift. nak makan bersama pown bukan selalu. kalau dia kerja malam n balik pagi, aku sediakan breakfast before g keje. contoh buat bihun goreng ke, mee goreng ke. masak 1 paket boleh tahan sampai malam. hubby jenis tak memilih. "Senang bela" kata mak aku. hahaha.

Wah wah wah panjang la pulak mukaddimahnya! :P

Bila eh aku masak nasik minyak ni. last weekend kot. lupa lah. 2nd trial. 1st trial hari tu nasiknya tawar. muahaha. 2nd trial of course better :P

Merah nasik i

Ayam madu

Acar timun

Papadom segera. i goreng jer


Cara masak ni style mak. nasik minyak kaler merah, ayam masak merah (aku modified buat ayam madu sebab hubby suka), acar timun. simple kan?

Masak nasi 2 pot. sampai malam pown tak abes. kenyang lah!

Perkara yang paling menggembirakan lepas masak, pujian suami. alhamdulillah, aku mampu jaga perut suami sebaik2nya :)

So Tata.

Tuesday, June 21, 2011

To Do List, Budget etc

Jalan2 tengok entry yang masih dalam draft, terjumpa entry ni. lamaaaaaa dah nak publish, tak publish2 jugak. here u go some snapshots of "My Big Day" file.

To do list

Budget + Payment

Hantaran

Ada lagi tab lain. snapshot sikit2 sudah lerrr. yes i am quite a details person. tak detail mana lah pown kan. ada lagi orang yang tersangatlah sistematik berbanding aku. tapi cenggini pown kawan aku dah kata aku giler. pehal???!!!

Lists macam ni penting sebenarnya. sekurang2nya kita boleh monitor apa2 saja progress kita. for me plak, tab yang paling penting is "Budget + Payment". segala benda duit keluar aku tulis kat situ. kadang2 nak menitik air mata tengok amount2 tu sume. terutama part TOTAL. fuhhhhh nangesssssssss. eh2, nak kawen kan? berkorban la sikettttt.

P/s: Ada sesiapa berminat nak list ni untuk rujukan? just email me. tq

So Tata.

Sayang Ketat2!

Mini Volkswagen - collection dari KFC. sanggup beli set X-Meal sebab nakkan kereta ni even bukan aku yang makan sume makanan tu. tapi cuba zoom gambar kat atas. sume cermin kereta dah terbukak :'(. panas sangat kot kat situ.


Since 90's. kalo hilang mau meraung ooo.. sayang ketat2 lah!!

So Tata.

Pokok Apakah Ini?


Cantik pulak aku tengok duk tepi jalan tu..

Monday, June 20, 2011

Aku, Isabella dan Tok Kenali


"Anak remaja ini seolah-olah melepaskan rasa dendam semasa kecilnya yang dipasung oleh bapa yang sangat prihatin dengan akhlak anaknya. Ini kerana mereka adalah legasi Tok Kenali, ulama tersohor Tanah Serendah Sekebun Bunga. Dia menggelinjang keseronokan berada di wilayah baru tanpa ayah garang yang melotot pandangan mata yang tajam. Dia berlari sesuka hati dan menjadi tarikan pesona kepada bajingan tengik di asrama yang ditakluknya sebagai ‘wilayah jajahan’.

Hukum karma akhirnya menerkam dan menikam ubun-ubunnya yang hijau di dataran kehidupan yang berupa pentas opera. Bob Lokman terkucil dengan keonaran yang diciptanya sendiri. Dia terhukum kejam dengan dibuang asrama. Bagaimana akhirnya anak muda kail panjang sejengkal ini mengharungi hidup selepas SPM dan tanpa kertas maruah yang bernama ijazah, beliau menempuh carut-marut kehidupan di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang tidak bersahabat dengan manusia malas. Dia menjadi pemandu bas dengan menyanyi riang di tengah hiruk-pikuk anak sekolah yang melemaskan, berniaga kecil-kecilan untuk menampung kehidupan, dan menjadi kuli kasar di gedung studio.

Bob Lokman akhirnya terselit di tengah-tengah fenomena rock pada dekad 1980-an. Dia menjadi pencipta lirik yang akhirnya di tengah keriuhan anak seniman, dia terus membina nama di persada seni tanah air. Bob Lokman tersungkur dengan kegemerlapan namanya. Dia tersadung dengan kesakitan. Keperitan dan kejerihan hidup bertindan-tindih menerpa, meluluh lantak jiwa seorang bapa dan suami. Ujian demi ujian yang akhirnya menyeruak dunia kegelapan kepada jalan hidup berfikir.

Dia akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang, dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian. Dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau. Dia telah merasai dunia ketawa, dan kini tibalah masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain bagi bersama-sama merengkuh kasih-sayang Tuhan, Sang Pencipta yang penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

“Aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama. Doakan aku teman…” ujar Bob Lokman dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini. – TRAVELOG HIDAYAH : AKU, ISABELLA DAN TOK KENALI."

Credit to: Blog TINTAJUNDI

*****************************************

Siapa tak kenal wajah kat atas tu maknanya ko memang tak layan rock a beb. ko tak kenal sape itu search, apa itu "isabella"!




I will get this book.

So Tata.

Friday, June 17, 2011

Ex-Mak Buyung

Auni Qalesya. born on 5th June 2011, 2.9kg. same birthday with her papa. what a coincidence kan? and what a beautiful birthday gift. muka pown sebijik ikut muka papa kata mamanya ;)

Ini keadaan mak buyung sehari sebelum jadi slim balik. tak sangka pulak ni last gambar perutnya sebegini

Bila husband dia sms bagitau "Baby on the way", aku pulak yang berdebar terlebih. maklumlah sepanjang 9 bulan aku tengok perut dia membesar dengan jayanya. tengok dia alahan macam mana. layan kerenah dia yang suka makan apa saja yang aku makan. n aku rasa dia lebih banyak tengok muka aku berbanding husband dia sebab husband dia sangat kerap outstation. naseb baik muka anak dia tak terkenan muka aku. muahahaha.

Apa pown, "Congrats Ida! akhirnya dapat jugak baby girl yang ko idam2 kan". kalo korang nak tau, dia ni dari awal preggy lagi sangatlah teringinkan anak perempuan. lelaki nakal katanya (dia kata la yer). bila scan and doc cakap jantina baby, dia tak nak tau pown sebenarnya. tapi husband dia beria2 nak tau. walaupown dia tak bagitau kat aku apa yang doc cakap, tapi aku buleh agak dari riak wajahnya. hehehe. tapi terbukti doc tersebut silap. so kawan2 yang preggy tu, jangan percaya bulat2 apa doc cakap sebab tak semestinya doc itu betul :P

"Auni Qalesya, Auntie Sarah tak sabar nak peluk cium kamu ni!". dari dalam perut lagi aku geram nak picit2. lebih2 lagi bila aku pegang perut mama dia, dia duk tendang2. hahaha.

Time flies.. like my boss said to me the last few days:

"Hidup ni macam ni la Sarah.. hari ni u dengar kawan u yang ni dah kawen. esok lusa u dengar orang ni dah ada anak. akan datang pulak u dengar kawan ni sakit. ini lah hidup"

So Tata.

Thursday, June 16, 2011

Nora Elena - Aisehh Ada Tajuk Lain Tak?

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.
Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,
"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya

Nota dari penulis asal: rileks...aku tau, ramai lagi yang tak berenti renti share link surat ni kat FB...baca untuk suka suka je kerna ini adalah entry semata mata..aku bukan sakit jiwa, aku bukan tak betoi...takkan la surat gini nak hantar bebetol kat TV3..okeyh?? jgn emo...anggap ini adalah semata mata entry suka suka..okeyh?

Sumber asal: Blog CikGeliGeli

****************************************

Hahahaha. sakit jantung aku baca surat ni. lawak.. lawak.. kuat betul penangan drama Nora Elena ni yer. aku memang tak layan cite ni ye, tak layan. malas sebab dah ramai sangat yang tergila2kannya. jadi aku cuba untuk jadi cool. muahahahaha

So Tata.

Mari Menjadi Kanak2 Ribena


Ini lah kerja bila hubby takde kat rumah :P. enjoice giler layan benda ni. terbongkok2 tertunduk2 terketar2 tangan i uolss.

Dia tulis situ, 'Sun Catcher Key Chain'. tak tau lah apa yang nak di catch tu kan. yang aku tau, ada water colour untuk kaler sendiri key chain tu ikut suka hati kau. wahhh ini menarik ni. 1 paket (ada 2 ketul key chain) harganya 7 hengget. agak mahal la jugak kot. tapi teruja punya pasal i sanggup ok.

Sediakan air dan tisu. in case nak lap apa2.

So dah boleh mula proses mengaler.

Tadaaaaa!! ha comel kan kan kan? oleh kerana hanya ada 4 kaler, so ini jer hasil yang terbaik yang boleh dijana minda. lepas dah siap perlu dikeringkan dulu yer kawan2.

Yang seketul lagi aku kasi budak kecik ni kaler (tapi dengan pengawalan yang cukup rapi. kena karpet meraung aku karang). kepala monyet kaler biru, badan merah + hijau. marbeles sungguh kaler nya. ini lah jadi bila jadi baby sitter bidan terjun.

A: Kakak nak makan mcdonald tak?
M: Nak
A: Nak makan apa?
M: Nak kentang
A: Nugget tak nak?
M: Tak nak
A: Mainan?
M: Nak nak
........................
M: Auntie macam mana nak pasang bola ni?
A: Meh auntie buat
M: Auntie kakak nak berak
A: Ha bukak seluar. kakak pandai basuh sendiri tak?
M: Pandai (naseb baekkkkk ko)
A: Kakak nak mandi tak?
M: Nak. tapi baju tak ada
A: Takpe pakai baju ni dulu. nanti balik rumah mama baru tukar. kakak nak ikat rambut?
M: Nak. nak ikat dua. nak getah warna pink
A: Iyelahhhhhh
...............................
M: Kakak nak kaler ni tak?
A: Nakkkkkkkkkk

Nak tarik perhatian budak2 jangan kasi sepah rumah, kasi benda yang boleh tarik perhatian dia. anak aku nanti aku kasi main sudoku karang.

P/s: Nak pegi beli lagi la. boleh kasi hadiah kat kawan2 blogger. herherherherher

So Tata.

Wednesday, June 15, 2011

Review: Apa Yang Tak Ada on My Big Day

Assalamualaikum dan hai :)

Lama rasanya tak merepek. i have lootssss of reason nape tak update. typical kan? hahaha. bak kata omputih, everything happened for a reason. so do i. eceh!

Sebab2 yang dapat dikenalpasti adalah:
  • Busy. have to take over my colleague's job. dia dah cuti bersalin daaaa. azab jugak la bila sorang buat kerja untuk 2 orang. aku lah receptionist, aku lah admin, aku lah buat akaun. nak curik2 masa agak semput di situ.
  • No internet access. kat rumah i takdok internet laie. sekian.

Eh2 kata baaaanyaak reason! hehehe. ok2 tutup kes yang tu ok!

Sebenarnya nak cite pasal my big day. iye.. iye.. iye.. tau, tau la! tau dah basi berkulat. hehehe. tetiba rasa nak tulis. bila diingat2, dipk2, direnung2.. baru aku perasan banyak benda yang TAK ADA masa majlis aku yang duluuuuuuuu tu. saje je kasi bold perkataan 'dulu' tu. pengantin lama la katakan :P

Meh2 kita go thru apa yang tak ada dekat majlis aku suatu masa dulu (majlis resepsi di Terengganu yer, di pihak aku)
  • Signage - aku tak tau kenapa aku tak buat signage. lupa ke hape ke aku tak tau. yang aku tau aku memang tak letak. tu pown aku ingat masa dah beberapa bulan selepas majlis. survey signage macam2 rupa macam2 gaya, tapi hampeh tak buat. tapi aku konpem takde orang sesat punya lah (punya lah konpidennnn)
  • Malam berinai - aku tunang, nikah, resepsi pada hari yang sama. tak logik kalo tetiba ada malam berinai
  • DJ - bukan budaya kami. kalau aku wujudkan jugak DJ ni mau nya abang aku lari dari rumah
  • Kompang - aku nak, tapi abang aku kata TAK PAYAH
  • Pintu gerbang - jimat bajet. pintu gerbang semulajadi lagi luas
  • Pengapit - langsung tak terpk pown nak ada pengapit sebabnya aku tak bersanding
  • Bridesmaid/Flower girl - berarak pown tak, nak bridesmaid? berangan la ko. hahaha
  • Gadis2 pemberi doorgift - lepas makan semua tetamu akan jumpa tuan rumah dan bersalaman. time ni la mak and abang akan bagi doorgift. so no need gadis2 itu
  • VIP doorgift - kesian family hubby. bukan taknak wujudkan, tapi tak sempat nak beli sebab mengada sangat memilih. last2 apa pown tarak. huh
  • Kasut nikah or kasut sanding Sdn Bhd - masa nikah tak pakai kasut. lepas nikah just ambik gambar dalam rumah. kasut nikah memang tak diperlukan. kasut sanding cuma pakai butik punya. seriously tak sempat nak cari T__T

  • Merenjis - konpem memang tak kan ada. karang kena sumpah dengan makcik2 aku karang
  • Baju family - terkilan sampai sekarang sebab baju mereka tak sedondon T__T. degil dorang tu sume!

  • Guestbook corner - guestbook ada tapi meja tak ada! stress sungguh aku masa tu. akhirnya guestbook hanya ditulis oleh sahabat2 rapat yang datang jumpa dengan aku (dalam bilik pengantin) sebabnya buku tu aku letak atas console table dalam bilik T__T

Semua ni sebenarnya tak ada lah penting sangat bagi aku sebab tak menjejaskan majlis sangat pown. sikit2 mungkin la kan. macam signage tu. kalo orang yang memang tak tau jalan, tak pernah sampai situ, mungkin agak menyusahkan. tapi aku dah gantikan dengan banner besar dekat tepi jalan besar. konpem nampak punya lah!


Apa2 pown, jangan biarkan benda2 kecik mengganggu perjalanan majlis. dan berbelanjalah mengikut keupayaan masing2. ikut kemampuan ye?

So Tata.

Tuesday, June 14, 2011

Awesome!

 
Russia Got Talent

Cutenya lahaiii..........

Ada orang komen, "Someone owes them childhood". kan? mesti hari2 practice, hari2 training. kesian la pulak aku rasa. tapi kalo tengok on the positive side, benda ni boleh ajar these kids discipline.

Apa pown, mereka adalah sangat cute dan comelnessssss.

So Tata.

Friday, June 3, 2011

6 Bulan Dah Rupanya!

3 December 2010 ~ 3 June 2011

Pejam celik pejam celik, dah genap setengah tahun kami disatukan. one of my friend ada cakap, "Dah 6 months dah...rasa cam baru jer ko anto surat saman kat aku..:p"

Kita suka curi2 dengar doa awak lepas solat. tiap kali tu jugak air mata kita rasa nak menitik :')

Semoga senyuman ni terus kekal hingga ke akhirnya
 
Kita doakan supaya hubungan ni terus dirahmati dan diberkati olehnya ya awak? kita sayang awak ketat2. sampai syurga :)

Semoga kami terus tabah mengharungi mahligai rumahtangga ini bersama2. masih banyak yang perlu kami tempuh.

P/s: Touching la pulak tulis entry ni..

So Tata.

Wednesday, June 1, 2011

Petua Mengasihi Isteri

  1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".
  2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  3. Sekali sekala tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
  4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
  5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
  6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.
  7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
  8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
  9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.
  10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.
  11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
  12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
  13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
  14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
  15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
  16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.
  17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
  18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.
  19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
  20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.
Sumber: MY Baby Store

I suka la orang yang tulis ni :P. walau apa pown, suami tetap no 1, kita no 2. jangan sesekali ketepikan hak suami yer! :)

So Tata.